Iklan

Petua Penjagaan Rambut Panjang





1.  Gunakan Jari Anda
Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika anda ubah taktik  ini kepada menggunakann jari anda, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut anda serta mampu mengurangkan pengguguran rambut.

2. Berus Rambut Anda Selalu
a. Ada sesetengah wanita khuatir menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut akan gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, rambut anda akan bertambah sihat. Wanita yang berambut panjang dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.
b. Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan ini yang akan memudahkan pengguguran rambut.

3. Jangan Lupa Sikat Rambut
Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.

4. Keringkan Rambut
Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia perlukan. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu YangTerbaik
Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka dengan Keadaan Sekeliling
Lindungilah  rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut anda dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Jika tidak keberatan, anda bolehlah mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...