Kisahnya unik mengenai 2 sahabat yang
begitu menyentuh hati sesiapa yang mengetahui kisah mereka. Disini jelas
menceritakan bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya
setelah diselamatkan. Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan
tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya
Pada awalnya, James hidup dalam keadaan
kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan
bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya,
berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia.
Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan menyebabkannya bermasalah
untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti
sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia”
dan “manic depression”.
James akhirnya kembali ke England kerana
tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak
dan suaminya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal
dijalanan.
James memulakan hidupnya dijalanan
hampir 10 tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan
masa di tinggal rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah.
Nasibnya baik kerana bertemu dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas
penagih dadah dan membantu james mengatasi ketagihannya.
Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.
Apabila Bob disisinya, James mendapat
perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah
James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaitu A Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by James Bowen
Hidup James menjadi begitu bermakna
dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia
bukanlah sesiapa. Kini, bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh
kepada para pencinta haiwan.
No comments:
Post a Comment