Iklan

Kelebihan Si Tangan Kidal

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah  kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu  otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan  dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di  sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan)  menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan  sains.


Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai  kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan  kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal  lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg.  menggunakan tangan kanan.


Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan  mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg.  mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan  didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke  kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya  terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg.  disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu  ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

 
( sumber )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...