Iklan

Pakar Bola Sepak Kita!!!

Oh Malaysiaku...bila agaknya anak-anak Malaysia yang diiktiraf orang luar dapat menabur bakti di tanah air sendiri? Atau diberi peluang kedua mengurus bola sepak tempatan?


Windsor Paul John dikhabarkan akan menjadi penolong Pep Guardiola? Anak jati Kedah ini bekas ketua penyelidikan dan pembangunan FAM, pernah menjadi penolong jurulatih kepada M. Chandran di Selangor...bayangkan semua orang termasuk Diego Maradona terpaksa minta kebenaran Windsor untuk masuk bilik persalinan Piala Dunia...baca sini. Apabila jawatankuasa pembangunan bola sepak ditubuhkan, aku mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, untuk melantik Cikgu Windsor mengepalai projek itu...hmmmm, aku dah serah CV Windsor kepada YB...


Haji Saifuddin Abu Bakar, pernah jadi penolong setiausaha agung FAM, kini menjadi penolong ketua jabatan pertandingan Qatar Stars League


"Rizal, over there 2 billion people will listen to what I say, but over here," begitulah keluhan Datuk Yap Nyim Keong, yang meletak jawatan selaku penolong setiausaha agung FAM pada 2005. Kini menasihati Chinese FA


Haji Amir Sharifuddin Wong, satu nama yang cukup sinonim sebagai pengadil dalam liga tempatan, kini menyemai bakti di Maldives

Cikgu Mohd Rodzali Yacob adalah instruktur pengadil elit AFC, selalu bantu aku memudahkan tugas selaku pegawai media FAM selama dua bulan pada 2008


Cikgu Subkhiddin Mohd Salleh kini anggota jawatankuasa pengadil FIFA. Baca senarai anggota jawatankuasa pengadil FIFA


Datuk Dell Akbar Khan (kiri) anggota jawatankuasa stadium dan keselamatan FIFA. Adalah menjadi harapan aku untuk mempelawa ketiga-tiga individu ini, termasuk Yap dan Datuk Zolkples Embong bagi program Dengan Izin terbitan Slamet Sazly Yakub


Stuart Ramalingam pula adalah ketua eksekutif MSL Sdn Bhd, cuba membawa angin perubahan tetapi berdepan pelbagai kekangan dan cabaran secara harian. Mungkin Datuk Seri Sepp Blatter boleh bantu
 

Lim Kim Chon yang pernah bertugas di FAM dan AFC, biasa menjadi anggota TSG FIFA, atau technical study group. Kini menjawat tugas paling penting dalam bola sepak Malaysia, selaku pengarah teknikal FAM merangkap Ketua Pembangunan Bola Sepak Remaja Kebangsaan bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Sila baca blog jawatankuasa di sini. Topik pertama aku sebagai blogger pada April 2008 - Kim Chon, baca Anak Melaka for the hotseat

 
Adik Kim Chon, Teong Kim pula sudah lama berkelana ke Munich, mengambil lesen paling tinggi dalam bola sepak Jerman di Cologne pada Jun 2005. Baca Thomas, Mesut and Lim

 Baca pula akhbar the Star dalam artikel bertajuk FAM in La-La land


 LAGI ANAK MALAYSIA DI LUAR NEGARA!!


Selasa Jun 19, 2012
Shebby Dilantik Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers Musim Depan

KUALA LUMPUR: Bekas pemain pertahanan negara Serbegeth Singh telah dilantik sebagai pengarah bola sepak kelab divisyen satu England, Blackburn Rovers, mulai musim depan.

Menurut laporan akhbar 'Daily Mail' United Kingdom hari ini, pelantikan Serbegth, yang lebih dikenali sebagai Shebby, disahkan oleh pemilik kelab, Venky's (India) Limited.

Laporan itu menyebut salah satu tugas Shebby kelak ialah bertindak sebagai orang tengah antara pemilik kelab dan pengurus pasukan, Steven Kean.

Masa depan pengurus berusia 44 tahun itu masih tidak menentu selepas pasukan itu diturunkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Divisyen Satu selepas menduduki tangga kedua terbawah Liga EPL musim lepas.

Shebby, 43, dijangka meninggalkan kerjayanya sebagai pengulas bola sepak di sebuah saluran televisyen tempatan untuk menggalas cabaran baru itu.

Shebby merupakan bekas pemain negara daripada tahun 1979 hingga 1996 dan merupakan kapten pasukan Kuala Lumpur yang menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...