Iklan

Nasib Seorang Diktator


Ini adalah mayat yang diawetkan kepada seorang tokoh yang pernah digelar sebagai 'Bapa Pembangunan Turki Moden'.

Ya, beliau adalah Mustafa Kamal Atarturk yang telah banyak berjasa kepada sekutunya iaitu Zionis dan dunia Barat.

Beliau mati dalam kehinaan seumpama yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu seperti Firaun dan Namrud.

Ketika di ambang kematiannya beliau masih lagi berminat dengan maksiat seperti zina, minum arak dan ke pusat-pusat kasino. Allah telahmenghodohkan mukanya, perutnya membuncit, otot-ototnya mengendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas.

Badannya merasa panas sehinggakan Atarturk meletakkan ketulan-ketulan ais di badannya. Bahkan pihak bomba juga dipanggil untuk memancutkan air ke dinding biliknya. Ataturk menemui ajal dengan keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di seluruh tubuh badan hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istananya.

Selepas kematiannya, Allah memperlakukan mayatnya dengan begitu hina sekali kerana dia tidak dimandikan, dikapan, disembahyang atau dikebumikan tetapi diawet dan diletakkan di ruangan istananya selama 9 hari 9 malam.

Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium. Ulama yang sezaman dengannya telah mengatakan bahawa bukan sahaja bumi Turki, bahkan seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...