Iklan

10 Kereta Terbaik Menggunakan Air Sebagai Bahan Bakar

Bagaimana jika kereta anda boleh laju dengan hanya menggunakan air sebagai bahan bakar  dan yang keluar dari ekzos bukan lagi asap tetapi wap air?

10 Kereta Terbaik Menggunakan Air Sebagai Bahan Bakar - Dalam waktu terdekat ini anda bakal merasakan memandu kereta yang mesra alam dengan tahap pembebasan sifar (zero emission). Kereta ini hanya menggunakan air sebagai bahan bakar dan hanya menghasilkan wap air, tanpa ada asap, bersih dan 100% mesra alam.

Ini adalah kenderaan yang menggunakan tenaga hidrogen, kenderaan dengan bahan bakar alternatif yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakarnya.

Kenderaan ini menukarkan tenaga kimia ke dalam tenaga mekanik hidrogen, salah satu  pembakaran hidrogen dalaman enjin ataupun mereaksikan hidrogen dengan oksigen dalam sel bahan bakar untuk menjalankan motor elektrik.


1. Aston Martin DBGT 2025


Kereta ini mampu laju dengan bahan bakar yang berasal dari air setelah melalui proses elektrolisis, yang mengarah ke sifar pembebasan. Aston Martin DBGT 2025 adalah salah satu reka bentuk kereta terbaik pada masa depan. Aston Martin tampak berkelas dan sangat menarik

 2. Honda FC Sport

  
Syarikat ini telah mengeluarkan FC Sport, yang merupakan design kereta sport bahan bakar sel hidrogen yang pernah dipaparkan pada event di LA Auto Show.

FC Sport berdasarkan V-Flow Stack dari konsep FCX Clarity. Kereta ini menggabungkan high-power fuel cell stack, yang terletak di antara tempat duduk belakang, dan bateri ganti di tengah-tengah kereta.


 3. BMW HR2 Hybrid Car


BMW juga mengembangkan kereta bahan bakar sel, dengan menggunakan teknologi kereta hibrid. BMW menjanjikan untuk melancarkan versi dual-mode Seri 7 saat ini selama kitaran pengeluaran model ini, dengan demikian kereta pertama dari jenisnya boleh laju dengan bahan bakar hidrogen dan petrol.

 4. Jaguar C-XC


Jaguar C-XC hadir dengan sel drive bahan bakar hidrogen yang dipasang di bawah permukaan salah satu kaca, yang meliputi seluruh panjang kereta, ditambah dengan estetika Aerodynamic.

Roda kereta ini juga ditutup untuk lebih meningkatkan sifat Aerodynamic. Selain disokong oleh mesin sifar-pembebasan, bahan yang digunakan untuk membina rekabentuk kereta ini mempunyai kesan persekitaran yang minimal. Kereta direka binaan dari kulit sayur-sayuran dan kitar semula botol PET.


 5. General Motors` HydroGen4

  
HydroGen4 menggunakan 440 sel hidrogen perseorangan yang menggabungkan hidrogen dari serat dengan tangki simpanan karbon dan oksigen dari udara untuk menghasilkan elektrik, yang kemudian mendorong kereta ini menghasilkan kelajuan maksimum 100 mph.

Kereta ini dari mula berhenti hingga memecut dengan kelajuan 62 mph hanya memerlukan masa 12 saat.


 6. RT20



RT20 juga disokong oleh hidrogen cair. Dengan mesin V6 twin-turbo bahan bakar hidrogen ini sangat menjanjikan keselesaan dalam memandu serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang lengkap.

"Suspension Springs" yang biasanya berasaskan konvensional diganti dengan elektromagnet untuk respon yang lebih baik.

7. H2 Racer



Kereta dengan Zero-Emisi ini telah dirancang untuk pemandu terpantas di dunia yang menggunakan bahan bakar hidrogen pada tahun 2009.

Selain bertujuan untuk memecahkan rekod, kereta ini juga telah dirancang untuk menunjukkan kekuatan bahan bakar bersih seperti hidrogen ke seluruh dunia.

Kereta ini disokong oleh mesin dengan pembakaran dalaman yang telah diubahsuai untuk laju dengan hidrogen. Dengan mesin yang Ecofriendly, kereta ini dijangka mampu mencapai kelajuan lebih dari 170km / jam.


8. Mazda TONBO


Dirancang oleh Dedek Design dan Mazda Eropah, kereta dengan sel bahan bakar hidrogen ini dipastikan mengeluarkan air bersih dari ekzosnya.

Sama halnya dengan Rinspeed Scuba, kereta ini juga dirancang dapat dikemudikan oleh air. Ciri-ciri lain yang inovatif dari kereta ini adalah penggunaan sistem tempat letak kenderaan anti-perosak.


 9. Ronn Motors Scorpion Roadster


Roadster yang disokong mesin bertenaga hidrogen / petrol yang tidak hanya memastikan pembebasan rendah, tetapi juga menjanjikan sensasi yang dikenali untuk sebuah supercar. Scorpion dilengkapi dengan body dengan paparan berkelas dan futuristik.

 10. Honda PUYO


Honda PUYO diaktifkan oleh sel bahan bakar hidrogen. Sebuah karya yang inovatif, dengan berbentuk kotak halus yang lembut dan memberikan ruang yang maksimum. Body yang seluruhnya hampir telus menjadikannya berpenampilan paling unik.






( sumber )



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...