PONTIAN – Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di
sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri
apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena
program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia
program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi
ladang tersebut kelmarin.
“Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk
sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik
ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
(sumber) Tweet
err. takut pulak tengok batang pokok tu.
ReplyDelete