PENUNJUK perasaan mengoyakkan bendera AS di luar pejabat kedutaan AS di Mesir kelmarin sebagai tanda bantahan. - AFP
LOS
ANGELES - Pembikin filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana
menghasilkan filem menghina Nabi Muhammad SAW dikatakan sedang
menyembunyikan diri.
Filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile telah
mengakibatkan tunjuk perasaan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mesir
dan Libya, serta membunuh seorang pegawai Jabatan Negara AS di sana.
Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui
tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu
filemnya menjadi satu kenyataan politikal.
Lelaki berusia 56 tahun itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi
Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan
keburukan Islam kepada dunia.
Petikan filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Arab telah disiarkan
di laman video YouTube. Filem itu mencetuskan kemarahan kerana ia
menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan
membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak.
Bacile menyatakan kekesalan atas kematian kakitangan kedutaan itu, tetapi menyalahkan kawalan keselamatan premis terbabit. - AFP
No comments:
Post a Comment