Iklan

The Rock Tewaskan Perompak Di Lokasi Penggambaran


Pelakon Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock dilaporkan terlibat dalam pergaduhan bersama beberapa perompak yang menyelinap masuk ke lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul The Fast And Furious 6.

Bekas jaguh gusti itu berjaya menangkap beberapa lelaki yang memakai penutup kepala, dipercayai mahu mencuri peralatan yang mahal daripada beberapa buah van penggambaran di Hackney, Timur London.

“Ia memang lucu. The Rock kelihatan seperti seorang hero filem aksi dengan jaket dan lencana FBI di tangannya.

“Ketika kejadian, bunyi tembakan kedengaran secara tiba-tiba dan The Rock berjaya mengatasi perompak-perompak itu dalam pergelutan tersebut,” kata satu sumber seperti dipetik thesun.co.uk.

Ekoran insiden itu, difahamkan krew filem tersebut kini turut mempertimbangkan untuk melantik aktor bertubuh sasa itu sebagai pengawal keselamatan di lokasi.

“Kini mereka (krew) secara bergurau berkata pengawal keselamatan yang sedia ada patut diberhentikan dan diganti dengan The Rock sahaja,” kata sumber itu lagi.



Setback ... thieves (posed by models) tried to break into vans to steal equipment in Hackney



(sumber)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...