Terdapat satu laporan di mana
ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai
ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur. Ikuti
ulasan ini.
Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun? | Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Arkeologi Cina terkejut
bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan.
Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia
mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.
Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari
permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya
memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut
hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.
Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan
Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming
itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu,
seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China
dalam zaman Yuan.
Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.

Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang
pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun
1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan
Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau
terang-benderang’.
Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika
mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan
nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang
gilang-gemilang dan bercahaya’.
Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan
mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu
seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun
lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di
Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China.
Ini semua adalah kajian dan ia membuktikan tentang sejarah pada zaman
dahulu. Walaupun akal manusia terbatas untuk mengkaji secara
keseluruhan, namun dengan penemuan oleh ahli arkelogi menguatkan lagi
tentang sejarah dinasti dahulu.
No comments:
Post a Comment