Iklan

Lukisan Mural Kurt Cobain Cecah RM70K


Sebuah van Dodge usang keluaran tahun 1972 yang kini sudah tidak lagi digunakan sejak tahun 1998 rupa-rupanya mempunyai sentimental value yang tinggi. Walaupun kondisinya sudah buruk dan kotor, namun nilai harga van tersebut mengalahkan harga sebuah kenderaan baru iaitu $24,701.

Nilai harga van yang tinggi itu adalah disebabkan oleh sejarahnya yang tersendiri kerana ianya berhubung kait dengan vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain dan ia membuatkan van ini sangat berharga.

Van yang berdebu penuh dengan lukisan itu menjadi bualan ramai di laman eBay. Selepas diberi pelbagai tawaran harga, akhirnya ia berjaya dijual.

Melvan, gelaran yang diberi merupakan pengangkutan utama untuk kumpulan The Melvins sepanjang perjalanan konsert jelajah mereka sebelum ini. Kurt Cobain pula pernah bekerja bersama-sama kumpulan berkenaan sebelum tertubuhnya Nirvana.

Menariknya, lukisan mural Kiss yang dilukis pada van berkenaan dihasilkan oleh Kurt Cobain menggunakan sebatang pensil yang dicurinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...