Iklan

Gambar Awan Dan Pelangi Luar Biasa Di Gunung Everest


Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggotaInstitut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.

Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan. Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.

“Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu,” kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wani
ta Britain lain.

( sumber )

Dadah Baru (KROKODIL) Membuatkan Kulit Boleh Hancur

Kesan yang mengerikan bagi jenis dadah baru di Rusia!!!

Sejenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan mematikan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para pengguna.

Krokodil termasuk jenis desomorphine sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain

Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $ 40 per-dosis di Rusia. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dapat dengan Kodein-ubat penghilang rasa sakit berasaskan dan bahan-bahan konsumsi rumah tangga yang lain.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari Ubat terlarang ini. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat fatal, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit pengguna. Kulit dan daging korban terrkelupas dari tulangnya.

Gambar sangat mengerikan, tidak sesuai untuk orang-orang yang sensitif terhadap luka.














 

Muka kanak-kanak perempuan tertusuk pemutar skru


 BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas sebatang pemutar skru tertusuk pada mukanya.
Jiali dari Tianshui di wilayah Gansu, jatuh tersembam pada pemutar skru yang dipegangnya ketika melawat neneknya hingga menyebabkan alat itu menembusi hidungnya hingga ke soket mata.

Dia bernasib baik kerana pemutar berkenaan tidak terkena otaknya.

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital. Pakar perubatan melakukan beberapa siri imbasan sinar-X bagi memastikan dia tidak mengalami kecederaan berkekalan.


Pemutar berkenaan tertusuk begitu kuat dan berhampiran otaknya hingga menyebabkan doktor pada mulanya tidak pasti sama ada boleh menariknya keluar tanpa menyebabkan kecederaan serius berpanjangan pada Jiali.

Jiali dibawa ke hospital tempatan tetapi dipindahkan dua kali kerana kakitangan merasakan mereka tidak dapat menangani kes itu.

Satu sumber berkata: “Ada kebimbangan pemutar skru itu tidak dapat dicabut dengan selamat. Dua hospital pertama tidak dapat memikirkan tindakan yang perlu dilakukan. Mereka tidak pernah berdepan dengan kes seperti itu sebelum ini.”

Bagaimanapun, ketua pakar bedah di hospital ketiga, Yu Qin mampu melakukannya kerana pernah berdepan dengan kes sama. - TS

(sumber)

Kelebihan Si Tangan Kidal

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah  kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu  otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan  dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di  sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan)  menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan  sains.


Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai  kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan  kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal  lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg.  menggunakan tangan kanan.


Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan  mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg.  mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan  didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke  kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya  terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg.  disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu  ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

 
( sumber )

Poskad tiba selepas 70 tahun


NEW YORK: Selepas 70 tahun, sekeping poskad tiba di alamat tertulis, walaupun bukan untuk pengirim sebenar.

Poskad itu dihantar pada 4 Julai 1943 kepada Pauline dan Theresa Leisenring di Elmira, New York oleh ibu bapa mereka yang melawat abangnya di Camp Grant di Illinois.


Malangnya, dua beradik itu sudah meninggal dunia berpuluh tahun lalu.

Bagaimanapun, rumah mereka di Elmira, diduduki oleh dua budak perempuan lain iaitu Hannah dan Madie Podgorny.

Hannah, pelajar Tahun Tujuh, bercadang menggunakan poskad itu dalam projek sejarah sekolahnya.

( sumber )

400 Pokok Ganja Ditanam Dalam 7 Bilik Tidur Rumah Mewah

POKOK ganja ditanam di bawah lampu dengan pengedaran udara dari kipas


LONDON: Sebuah ladang ganja yang “canggih dan mewah” ditemui polis di bangunan tidak dijangka sebuah kediaman mewah berciri zaman silam bernilai �750,000 (RM3.7 juta), semalam.

RUMAH agam dibina dengan ciri silam di Whitworth.
Di rumah mewah itu, polis Britain menemui pokok ganja bernilai �160,000 (RM781,500) yang ditanam di semua tujuh bilik tidur yang ada.

Rumah itu terletak di Whitworth, berhampiran Rochdale.

Bangunan berkenaan yang dikelilingi taman dan tiga ruang tamu, kini ditawarkan untuk dijual pada harga RM3.7 juta.

Ejen hartanah menganggap bangunan itu sebagai unik kerana dibina dengan ciri era zaman Victoria.

Jurucakap polis berkata, kira-kira 400 pokok ganja ditemui ditanam dalam rumah itu dan membesar dengan bantuan haba dari lampu dan kipas.
Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana
disyaki membekalkan pokok ganja itu. - DM

( sumber )

Padah Main Boling Dengan Cincin Di Jari


So, lepas ni kalau korang nak main boling yang lelaki mahupun perempuan, bukak la cincin di jari tu...
Untuk elak dari kejadian yang tak diingini macam dalam gambar nie.ok!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...